Thursday, February 21, 2013

Permintaan

Aku turuti permintaan kau
harap kau berubah sepertimana aku akan berubah untuk kau

Penipu Besar


Salah aku tipu kau..
Yaa!!  Bukan salah kau…
Penipu besar yang sentiasa mencari jalan keluar dalam semua masalah..
AKU..Hafizul Hafiz..
Memang bukan maksud untuk buat kau sakit hati..
Tidak..aku memang menyesal tipu kau..
Gurauan yang aku anggap boleh menitipkan senyuman di bibir kau akhirnya membawa kepada perang dunia ke-4..
Menyesal..
Penyesalan..
Kesal..
Semua tidak berguna lagi bila satu pihak sudah terluka..
Aku mengharap semua kembali seperti sediakala..
Aku mengharap kau memaafkan penipu besar ini..
Harapan mungkin..
Si penipu besar kalah dalam permainannya sendiri..
Maafkan aku..
Aku kesal perbuatan aku itu..

Rindu Kau



Rindu separa mati..
Itu hanya rasa aku terhadap kau..
Rindukan masa-masa indah yang dihabiskan bersama..
Berbual-bual kosong..
Bergurau senda..
Mengusap rambut kau ketika kau bermain permainan video..
Menghalau nyamuk-nyamuk yang datang menyerang kau..
Melihat kau tertawa..
Melihat kau separa sedar melayan angin malam..
Aku rindu itu semua..
Paras rindu aku lebih tinggi dari gunung kinabalu..
Lagi luas dari lautan pacific..
Tapi itu hanya aku..
Insan yang tidak pernah kau hargai..
Arahan kau untuk mengendah kan kau tidak dapat aku laksanakan..maaf..
Aku terlampau sayangkan kau..
Tapi aku sedar siapa aku..
Insan yang akan selalu dikecewakan..
Aku redha..

Wednesday, February 20, 2013

SIMPATI


Tidak aku cara pasal kau??
Mungkin bagimu ya..bagiku tidak…
Tak pernah aku sayang orang seperti aku sayang kau..
Aku hargai kau sepenuh hati aku..namum kau tak pernah dapat merasakannya..
Simpati keatas diriku..

Sentiasa bernasib malang mungkin..
Tidak aku salahkan kau kerana tidak sayang aku..
Mungkin dalam diri kau ada insan lain yang lebih kau sayang..
Simpati lagi diriku..

Aku tulis bukan meminta simpati..
Bukan juga meraih popularity..
Juga bukan mencari publisiti murahan..
Cuma ini saja cara melepas apa yang terkubu dihati..
Simpati diriku lagi

Mungkin bila aku sudah tiada baru kau tahu siapa yang sentiasa disisi..
Bukan aku mintak untuk pergi..
Cuma kalau kalau itu yang diberi..
Redha saja meniti panggilan ilahi..
Diriku disimpati sendiri..

Walau jika aku pergi..
Bintang bulan jadi saksi..
Sayang aku pada kau takpernah berbelahbagi..
Mungkin suatu hari nanti kau mengerti..
Bila aku tiada disisi kau..

Maafkan aku mengguris hati kau..
Bukan niat aku..percayalah..
Sepanjang aku kenal kau tidak pernah aku berniat menyakitkan hati kau..
Kerna aku sayang kau seperti aku sayang ibuku serta family ..
Aku tutup coretan aku dengan assalamualaikum..
Semoga kita berjumpa lagi..

Wednesday, February 13, 2013

kisah rakan aku~


Kisah seorang budak biasa biasa sahaja..Takde yang special pon pasal cerita nie..Kisah nie xde laa sweet mcam cerita setia hujung nyawa pon..Cuma cerita seorang budak ni jer..bkan aku..Cuma dia yang dikenali tidak diberi nama..Tidak mahu dikenali ramai pon…  cerita ni dicerita daripada pencerita asal..tiada yg diubah melainkan beberapa point yg xbrape nk ingat…I’ll start the story..


Here’s a boy yang tinggalnya dia di dalam Malaysia lagi..di negeri Pahang..Dia bukan sapa-sapa yg ternama..bukan!!  sama sekali bukan!! dia budak luar bandar biasa2-biasa..okay…just create nme utk wtak nie…sebab tuan cerita taknak kisah dia diketahui kwan-kawan terdekat…just call him Am…okay..cerita nie kita start dri skola mnengah dia laa sng..sbb aku knal pon dri situ… npak kan trick dier  :p

Am nie macam budak skolah biasa-biasa jugak..sekolah harian biasa, masuk pukul 7.30 pagi balik 2.40 petang…typical sekolah-sekolah dalam Malaysia laa kan… Am ni dier kuat bersukan..kalau time sekolah dulu memang pantang ade acara yg fizikal jer msti nk msuk..tp dia xde laa besar dan berbadan atlit.. dia kurus. Dulu orang cakap dia penagih..hahaa  kelakar pulak ingat semula cerita tu…  tapi dia bukan penagih laa kan..just bdan dia memang kecik kurus..nak kata handsome takde laa handsome sangat..orang kata okay laa..ade sifat penarik dia tu..orang kata dia baik, suka dengar masalah orang lain, suka bergaul dan macam-macam lagi laa..
Dia time skolah dlu mmg rapat ngan pompuan..tapi bukan playboy..katanya dulu time skolah rendah mak dia selalu bawak pergi training main netball..abis skolah mak dia ambik and bawak pergi training..so pergaulan dia ngan kawan-kawan mak dia tu membuatkan dia senang bergaul ngan golongan-golongan hawa ni di sekolah..selesa katanya..gosip pon bnyak..slalu jgak aku kikis gossip-gosip hangat kat dia..hehee ..sambung semula story..dah rapat ngan pompuan sume bagai kan, kompem laa ade sangkut sorang dua tiga empat..dah lumrah remaja laa kan..setahu aku yang rapat ngan dia laa kan.. Am ni agk brnsib jugak laa..walau dia tak berapa handsome tapi ade jugak yang minat kat dia..story dia start dri form 1..dia kenal sorg pompuan dalam kelas dia ni..xcomel xcantik..sedang-sedang aja yang sedang sedang aja..ewaaah…nyanyi lak..weee~  at first dier mmg syg pompuan tu..tapi biase laa..umur pon tak matang lagi kan…sebab tu laa tak berape nak kekal..dorang gaduh lepas break tu dan tak bertegur sampai laa form 4..tapi sekarang dorang dah jadi kawan baik..berjiran lagi umah dorang..hahaa..

Selepas first girl dier tu ade jgak laa dier couple ngan orang lain..tapi sayang nasib bukan pada dia..setiap kali couple akan berakhir dengan kecewa until recently dier dah putus harapan dan dier bertekad takkan couple lagi.. tapi dia still manusia biasa..masih tetap akan jatuh cinta dengan orang yang salah..walau bukan kehendak dia tapi akan hadir seseorang dalam hidup dia..seorang demi seorang hadir dan membawa sedikit perubahan dalam diri dia..bagi rakan yang memerhati akan nampak apa perbezaan dia..baik buruk dia..pelajaran dia..sikap dia..kadang kala aku yang memerhati ni pun terasa akan ada satu perubahan besar yang akan berlaku dalam hidup dia..dan sangkaan aku tepat..dia berubah..
Perubahan itu berlaku selepas dia berkenalan dengan seorang gadis kampung ala-ala Bandar..pemerhati tegar macam aku perasan semua perubahan dia..kalau dahulunya dia seorang periang kanak-kanak ribena sekarang dia tetap macam tu..tapi perubahan ketara dia adalah apabila dia ada masalah, dia lebih suka memendam..dulu pantang ada masalah mesti dia mencari teman untuk mendengar masalah dia..tetapi sekarang tidak lagi..kedatangan gadis itu dalam hidup dia memang member impak yang besar  dalam hidup dia..kalau sebelum ni dia agak buaya jugak tetapi sekarang mata dia hanya ada perempuan tu je.. walau ada yang cantik alim model sume-sume, dia tetap taknampak yang lain kecuali gadis tu..let’s just call her milah…ade kampong-kampung punya nama sikit kan..hehee  

Bermulanya perkenalan dorang berdua ni semasa Am mengikut keluarga dia menghantar surat jemputan kahwin kakak nya ..habis semua rumah kenalan keluarganya dia pergi katanya..rumah milah rumah kedua akhir dia pergi..pada asalnya Am takda laa tertarik kat Milah sangat…sebab dia tengah tunggu sorang perempuan ni..Aina..tapi dah bukan jodoh dia ngan aina…Am kenal aina semasa zaman sekolah dulu..memang dah lama dia minat kat aina..tak silap dari form 3 atau form 2…aina ni ramai orang kenal..so peluang agak tipis laa bagi orang yang tak berapa handsome lagi bergaya macam Am ni..Tapi nak dijadikan cerita dorang couple jgak. Macam mana bole terjadi tu rahsia dorang laa..takkan dia nak cerita pulak kan..cerita dorang berdua ni bagi aku menarik jugak laa. Aina banyak ubah Am ni. Dari pemikiran dia, pembelajaran dia, sikap dia, banyak yang berubah lepas dia kenal aina. Tapi macam aku cakap laa kan, jodoh dorang tak panjang so dorang putus ditengah jalan. Ok bukan tengah sangat laa kan, tepi mungkin. Hahahaa.  Dorang couple semula lepas berapa bulan. Tapi putus lagi. Dorang couple putus dalam 3 kali jugak laa. Yang last tu aina cakap bagi dia masa nak fikirkan semula. Kalau sanggup tunggu laa. Tu yang Am tunggu bagai nak rak tu. Tapi lepas berbulan-bulan still lagi takda jawapan. Am tunggu dan tunggu je sampai lah dia berjumpa milah tu. Kat situ laa cerita pasal Am dan Milah bermula.

Am sebenarnya kecewa jugak laa dengan aina time tu. Dia tunggu tapi still takda jawapan. So Am ambil keputusan nak menyendiri sambil tunggu jawapan yang tak beberapa nak pasti tu. Tapi hadir nya Milah dalam hidup Am ni mengubah 360 darjah hidup Am tanpa siapa sangka. Bermula kenal hanya sekadar teguran sinis daripada ahli keluarga milah sewaktu Am hendak pulang ke rumah selepas selesai menziarahi serta memberi kad jemputan kahwin kakaknya itu membuka bab baru dalam hidup Am. Hari perkahwinan kakak Am telah tiba, dalam endah tak endah Am tercari jugak kelibat milah yang dia sendiri pon tidak pasti bagaimana rupa dia kerana sewaktu di rumah milah, Am hanya memandang sekilas lalu sahaja. Kenduri kahwin berjalan dengan lancar dan ramai kawan-kawan Am hadir pada hari tersebut. Majlis hampir selesai dan kelibat keluarga milah masih tak kelihatan. Sedang sibuk Am menguruskan kerja-kerja sebagai anak tuan rumah satu teguran dari suara aneh yang tidak pernah didengari terngiang-ngiang di telinga Am. Am menoleh dan terletak sebuah tubuh kecil molek di belakangnya memberi senyuman. Orangnya adalah adik kepada milah yang ingin bertanya dimana tandas. Am sangat pasti itu adik milah kerana sewaktu dirumah milah dahulu adiknya yang ada dirumah, milah keluar bersama temannya. Selepas memberi maklumat selok belok tandas rumahnya, Am meneruskan kerja seperti biasa.Sejurus sebelum keluarga milah pulang, adik milah sempat meminta nombor telefon Am. Katanya kakak nya,milah mahukan nombor Am. Dalam malu-malu kucing Am tetap memberi nombor kepadanya. Mereka sempat borak-borak kosong sebentar sebelum keluarga milah pulang dan Am menyambung membuat kerjanya.

Hari-hari berlalu tanpa ada perkara yang luar biasa bagi Am sehingga pada satu malam dia mendapat pesanan ringkas (sms) dari nombor yang tidak dikenali. Kandungan pesanan tersebut mengajak Am untuk berkenalan dan seperti biasa Am akan bertanya siapa orang yang member pesanan tersebut. Selepas diberitahu siapa dia barulah Am seperti teringat siapa orang tersebut. Ianya adalah milah yang menggunakan nombor adiknya. Dalam sedar tak sedar mereka berkenalan dan menjadi rapat semenjak itu. Mereka saling menghubungi antara satu sama lain dan tanpa Am sedar dia telah memupuk sedikit demi sedikit minat terhadap milah. Katanya dia tidak boleh melupakan milah walau sedikit. Namum Am masih menyembunyikan perasaannya terhadap milah. Dalam masa yang singkat milah telah membuat Am jatuh hati padanya dan Am masih tertanya-tanya bagaimana dia boleh menyayangi milah dengan begitu pantas. Mungkin itu secara kebetulan atau sudah takdir? Aku pun tak dapat nak pastikan. Aku cuma  memerhati perkembangan mereka dengan minat yang mendalam. Dipendekkan cerita Am meluahkan rasa sayang dia terhadap milah. Am tahu ianya akan merosakkan perhubungan mereka sebagai rakan tetapi Am masih seperti dahulu, dia akan memberitahu dengan sejujurnya apa yang dia rasa.

Satu hari aku dikabarkan bahawa Am dan milah sudah berpacaran. Gembira hati menerima berita tersebut. Am memang amat menyayangi milah berdasarkan pemerhatian aku. Kisah cinta dua hati ini memang banyak dugaan serta cabaran yang menguji kekuatan mental serta fizikal. Sepanjang perhubungan mereka, Am selalu diuji dengan perasaan cemburu serta rasa tidak sedap hati. Tetapi Am masih tetap mengekalkan emosi serta kesabarannya di tahap maksima. Am selalu memberitahu aku betapa dia risaunya ada orang ketiga didalam hidup dia dan milah. Mungkin kerana amat menyayangi milah maka Am berasa seperti tidak senang duduk memikirkan milah. Maklumlah, cinta jarak jauh ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi serta kekuatan mental bagi menempis fikiran-fikiran negative yang secara tidak langsung akan terdetik dalam otak apabila ada sesuatu yang tidak kena. Namun aku tabik Am ni sebab dia sentiasa berfikir positif walaupun sedang fikir negatif. Faham?? Sebagai contoh, ayat yang pernah Am ceritakan pada aku dulu. “asal lah call call asyik-asyik  waiting..takkan laa bergayut ngan laki len kot..aaaaarrggh!!!   takpa-takpa..tengah bincang pasal kerja lah tu kot” . Fikiran Am sentiasa dihantui kerisauan akan hadirnya orang ketiga. Am sememangnya amat menyayangi milah sehingga kadang-kadang dia mengetepikan semua masalah dia semata-mata untuk membuat milah gembira. Segala rahsia Am aku tahu. Konklusi yang aku buat pada dia pon selalunya tepat. Pernah suatu ketika semasa dia sedang bercakap telefon dengan milah yang sedang bersedih dan kredit telah habis dan duitnya hanya tinggal Rm7 sahaja. Dan pada masa itu sudah pukul 2 pagi. Am meminjam duit daripada adiknya untuk membeli kredit telefonnya. Dia berjalan seorang membeli di kedai 24jam berhampiran dan selesai membeli dia terus menelefon milah semula. Am mengetepikan masalah kewangan dia hanya untuk membuat milah gembira.banyak lagi pengorbanan yang Am lakukan dalam diam. Tak semua aku tahu.

Namum perhubungan Am tidak lah seindah cerita cinta romeo Juliet, setia hujung nyawa dan lagenda budak setan. Ternyata apa yang Am selalu bimbangkan menjadi kenyataan. Ya!! Wujudnya orang ketiga dalam kisah cinta mereka. Am sedikit kecewa akan perbuatan milah yang sanggup menduakan Am. Am tetap bersabar dan tenang dalam memikirkan masalah tersebut dan membuat keputusan akan memaafkan milah dan memberi pilihan kepadanya. Antara Am atau lelaki tersebut. Milah memilih Am dan meninggalkan lelaki tersebut. Walaupun Am sudah memaafkan milah, namum fikiran am masih lagi paranoid samaada akan muncul lagi orang lain atau tidak. Am tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa milah. Sudah banyak pengorbanan yang Am lakukan untuk memastikan milah gembira namum Am tetap diduakan. “Apa salah aku?? Apa yang membuatkan dia mencari yang lain? “ . itulah yang selalu Am bertanya kepada aku. Aku kadang-kadang berat hati hendak suruh Am meninggalkan milah kerana bagi pandangan aku milah tidak menghargai seseorang yang amat menyayangi dia sepenuh hati. Tetapi bagi Am, mungkin dia buat begitu sebab bosan dan cemburu terhadap kawan-kawannya yang sentiasa bersama teman masing-masing apabila keluar beramai-ramai. Maklumlah Am duduk berjauhan. Mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai ke rumah milah jika menaiki kereta. Am tetap bersabar dalam mengharungi semua dugaan yang menimpa. Ramai yang menasihatinya supaya meninggalkan milah tetapi am masih berdegil dan meneruskan hubungan dengannya. Kerana bagi Am setiap orang harus diberi peluang bagi menebus kesilapan yang lalu. Tidak semua sempurna.

Perhubungan Am dan milah sentiasa diuji. Am diduakan berkali-kali. Kecewanya am hanya tuhan saja tahu. Mungkin bagai pedang panas ditusuk-tusuk ke setiap anggota badan. Atau mungkin juga ditikam jantung tetapi tidak mati. Am semakin hari semakin hilang. Dia berada di situ tetapi dia tiada disitu. Jasad masih dibumi tetapi jiwanya hanyut menanti ditepi tebing Niagra Falls. Mungkin kerana sudah terlalu banyak diduakan Am menjadi seperti boneka yang hanya mengikut sahaja dimana kakinya melangkah. Tiada nyawa seperti insan yang lain. Setelah sangat banyak dugaan yang menimpanya, hendak dijadikan cerita mereka bergaduh kerana hadirnya orang ketiga, mungkin keempat lima enam tujuh sudah mereka berpisah. Walaupun telah berpisah Am masih tidak dapat melupakan milah. Tapi Am redha dengan keputusan milah yang memilih lelaki itu. Am mencari ketenangan dalam meneruskan kehidupan seharian nya tetapi Am tidak dapat lari daripada rindu yang tersimpan terhadap bekas kekasihnya itu. Setiap hari Am menaip mesej untuk dihantar kepada milah namum dipadamkan kerana risau akan mengganggu kehidupan milah. Ingin didengar suara milah tetapi tidak mampu untuk menekan butang call tersebut. Am hanya mampu menatap foto-foto mereka bersama dahulu sebagai melepas kerinduan dalam hatinya. Ada juga am mencuba mengambil pendapat kakak angkatnya, Syu dengan mencari pengganti dan memberikannya masa membuat Am bahagia. Namum tidak  sampai sebulan dalam perhubungan tersebut Am memutuskan nya kerana dia hanya memainkan perasaan orang lain sahaja dengan berbuat demikian. Maka Am mengambil keputusan untuk menyendiri sebelum tiba masanya dia diambil oleh seseorang.

Selama 2 tahun Am menyendiri. Menghayati keseronokan menjalani hidup tanpa teman istimewa dihati. Akan tetapi dia masih sentiasa memikirkan milah. Mana tidak nya, sudah terlalu sayang. Letak lah 10 orang model pun masih pilih milah. Tidak faham jugak aku dengan Am ni. Apa istimewanya milah sampai tidak boleh lupakan dia pun aku tak tahu. Mungkin ini lah yang orang cakap cinta sejati. Mungkin ya mungkin tidak.  Kisah mereka tidak lah berhenti sampai disini sahaja. Mungkin bagi anda yang membaca post ini boleh memberi komen sedikit supaya Am ni berubah. Bagi komen yang bernas aku akan sampaikan kepada Am. Cerita mereka yang selanjutnya aku akan sambung di next entry dimana kisah Am selepas 2 tahun menyendiri..

Okay..jumpa kalian di entry akan datang (^_^)v
Assalamualaikum~

Thursday, June 14, 2012

A FRESH START!!

hey hey whatzup?? hahaa  okay..
setelah beberape lame xupdate blog nie kan...masuk smle tgok daa len..
maklum laa..dkat 7 blan xupdate (update status fb xpe lak ari2 kan :p )

so...i've decided to start all over again...hasil dripada pmikiran otak separa sedar nie sye dgan ini tlah mendelete smua post2 lame!!  (sye pon xtau knp..so jgan tye knp  :p )
so..i guess this is chapter 1 laa kan..hahaa  =D
so..sye akan mmperkenalkan  laa sape dri sye yg xsberape nie..
hahaaa  =D



~HAFIZUL HAFIZ BIN JAAFAR
~19/10/1992
~KUANTAN PAHANG
~AN ENGINEER TO BE :p
~STUDENT DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
~SUKA MAKAN ROTI TELUR DAN MINUM AIR MILO AIS
~SEORANG YG PERIANG, LAWAK, SENGAL, MERENG N SUME2 LAA...HAHAA  =D
~GEMAR MLAYAN LAGU2 ACOUSTIC, HARD TECHNO AND BREAK BEAT~
~A THING OR TWO ABOUT ME ARE...I CAN PLAY GUITAR WELL AND IM A FREESTYLER..
~MINAT DLAM BIDANG SENI ,MUSIC DAN DANCE TERUTAMANYER BREAKDANCE N HIP HOP DANCE


ase tu jer laa nk ckap utk skang sbb idea tibe2 xde..hahaaa  =D
tp klau ade ape2 nak tanyer bole jer tyer...
insyaallah akan dijawab tanpa ada sekatan jlanraye mahupon sekata dengannya
bhahahaaa  =D
okay....till next post yaaaw!!  peace~ (^_^)v